5 Sebab Kami Suka Pergi Kopi Mesin Cafe di Kota Bharu

kopi mesin kb 2 billion

Hobi masa lapang saya selain main gadget, ambil gambar ialah cafe-hopping. Once in a while, saya akan browse Twitter dan IG untuk cari cafe-cafe baru untuk singgah dan try.  Kedai Kopi Mesin ni selalu naik dalam timeline/feed saya dan dah agak lama saya cadang nak pergi. Kebetulan hari tu kami ada lalu berdekatan Billion Kota Bharu dan terus singgah untuk lunch di cafe Kopi Mesin KB2 (lokasi di bangunan kedai lama Hayaki).

Continue reading →

Angus Beef Steak, Burger Bakar, Western Food – KB Burger Bakar Food Review

angus steak kb burger bakar

angus steak kb burger bakar

So awal November lepas kami ke kedai KB Burger Bakar untuk mencuba menu baru iaitu beef steak. Last sekali saya ke KB Burger Bakar ini rasanya tahun 2014 atau 2015 dan memang total makeover dah kedai ni rupanya.

Sebelum ini, menu KB Burger Bakar ni macam Burger Bakar, Chicken Chop serta masakan panas tapi kini dah jadi macam Steak House dan ala hipster cafe pula. Dengarnya, kedai ni dah hire chef berpengalaman untuk masak steak dan bawak masuk menu daging Angus Beef serta daging lembu high-end seperti Tomahawk dan Australian Wagyu.

Continue reading →

Makan Colek Perut dan Cendol Pulut Tapai Di Kedai Pok Cik Colek Perut, Taman Barakah

pok cik colek perut taman barakah

Orang Tanah Merah mesti kenal kedai ini, Colek Perut Taman Barakah atau juga dikenali sebagai Pok Cik Colek Perut atau Pak Cik Colek Perut. Dah puluh-puluh tahun rasanya kedai ini berniaga, dulu kat stesen bas Tanah Merah (sekarang dah roboh jadi tapak kosong).

Kedai ni buka setiap hari, lokasi pun mudah cari masuk je Taman Barakah pastu jalan sikit confirm jumpa. Peak season kedai ini masa bulan Ramadhan, sebab orang Kelantan memang musim colek bila tiba bulan puasa.  Masa tu memang meriah gila.

Continue reading →

Makan Di Kota Putera Food Court, Besut – Singgah Ke Sini Jika Anda Ke Pantai Bukit Keluang atau Pantai Air Tawar

kota-putera-food-court-besut

Area Kampung Raja, Besut dan Jerteh sebenarnya banyak juga tempat-tempat makan dan kedai yang menarik. Baru-baru ini kami singgah ke Kota Putera Food Court di Besut. Kalau nak ke pantai Bukit Keluang atau pantai Air Tawar memang akan nampak tempat makan baru ini.

Waktu operasi boleh tengok dalam gambar di atas, biasanya petang dan malam agak meriah, terutama sekali waktu hujung minggu.

Continue reading →

Seoul Garden HotPot KB Mall – Ayam Goreng Korea, Bibimbap, Bulgogi, Korean Food

seoul garden hotpot kb mall

Craving makanan Korea seperti ayam goreng Korea, bibimbap, kimchi, ddukbokki dan banyak lagi di Kota Bharu? Setakat pengetahuan saya, memang agak rare kedai korean food di Kota Bharu dan di Kelantan generally, tiada francais popular seperti K-Fry, Kyochon, Mr Dalgakbi, Dubu-Dubu dan bermacam lagi.

Tapi kalau kami nak makan korean food, biasanya kami pergi kat sini; Seoul Garden HotPot di KB Mall (muka pintu masuk arah Tune Hotel).

Continue reading →